Datuk Misbun Sidek menawarkan penegasan bahawa beliau sudah lama meletak jawatan sebagai ketua jurulatih perseorangan lelaki negara sekiranya tunduk kepada tekanan.
Ini susulan tuntutan menyegerakan kebangkitan skuad kendaliannya dalam ketiadaan Datuk Lee Chong Wei yang menyebabkan tekanan semakin memuncak.
"Pada saya, ia satu cabaran kerana di serata pelosok dunia sekalipun, perseorangan lelaki adalah cabaran yang berat kerana ia sentiasa menjadi keutamaan.
"Ia suatu tekanan yang berat tetapi saya ambilnya sebagai cabaran.
"Kalau saya tidak boleh menerima cabaran ini, lebih baik saya tinggalkan (BAM)," kata Misbun apabila berkongsi pandangan terhadap kritikan pelbagai pihak ke atas skuad perseorangan lelaki.
Prestasi tidak menentu skuad bimbingannya juga secara tidak langsung meningkatkan tekanan dalaman daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang menyuarakan amanat itu menerusi Presiden, Datuk Seri Norza Zakaria, semalam.
Ia ditambah keperluan beliau dalam mempersiapkan barisan yang mampu layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 tanpa perlu bergantung kepada Chong Wei yang belum tentu kembali ke gelanggang kompetitif.
"Sama ada Chong Wei kembali atau tidak, kami tidak boleh mengambil risiko ke atasnya.
"Saya sudah ada perancangan. Siapa yang terpilih nanti, pemain sendiri pun tidak tahu.
"Saya tidak mahu mereka dalam zon yang selesa sekiranya dimaklumkan," ujar beliau lagi.