BADMINTON

Badminton Terbuka Malaysia: Tze Yong tarik diri selepas 10 minit

Stadium Astro
Shaiful Shamsudin
10/01/2024
06:08 MYT
Sponsor Banner
Badminton Terbuka Malaysia: Tze Yong tarik diri selepas 10 minit
Ng Tze Yong hanya mampu bertahan 10 minit di Gelanggang 1, Axiata Arena sebelum menarik diri akibat kecederaan belakang ketika menentang Koki Watanabe, sebentar tadi.
Pemain perseorangan negara itu mempamerkan permainan seimbang dan mula diganggu kesakitan di bahagian belakang badannya ketika di kedudukan 7-8 dalam pertembungan Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia.
Dia kemudian diberikan rawatan di tepi gelanggang, namun selepas berbincang dengan jurulatih, Hendrawan dan Datuk Tey Seu Bock, untuk terpaksa menarik diri ketika ketinggalan 8-12.
"Selepas melakukan satu pukulan smash, dia bergelut untuk mengutip pukulan lawan," kata Hendrawan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video