Skip to main content

Badminton

Badminton Terbuka Malaysia: Kecederaan Ng Tze Yong sentak kem perseorangan lelaki

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hendrawan.jpg
Jurulatih perseorangan negara, Hendrawan, buntu memikirkan nasib yang menimpa Ng Tze Yong selepas terpaksa menarik dalam pusingan pertama Terbuka Malaysia, hari ini. 

Tze Yong menjalani latihan intensif selama sebulan bagi meningkatkan kecergasannya tetapi sekadar membuat kemunculan singkat di Gelanggang 1 Axiata Arena, Bukit Jalil ketika bertemu Koki Watanabe sebelum terpaksa melupakan baki saingan di kedudukan 7-8.

"Agak sukar nak katakan perasaan kami sebab persiapannya semua bagus, tiba-tiba jadi macam ini pula. 

"Kecederaan juga sebahagian daripada permainan.

 

"Semua atlet pernah melalui situasi seperti ini. Selepas persiapan yang bagus, pastinya ia akan mengganggu pemain. 

"Terbuka India akan berlangsung minggu depan dan setelah jumpa doktor, barulah kita dapat tahu apa yang terjadi," kata Hendrawan. 


 

Advertisement

Must Watch Video