Skip to main content

Badminton

Badminton Terbuka Malaysia: Goh Sze Fei berpjak di bumi nyata

gsf.png
Beregu lelaki negara Goh Sze Fei tidak mahu memandang terlaju jauh sasaran pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia dengan mengharapkan mampu berikan aksi terbaik.

Ia sebagai satu suntikan semangat untuk mencapai sasaran berada dalam sepuluh kelompok terbaik dunia bersama pasangannya, Nur Izzuddin Rumsani bagi tahun 2024.

Dalam Nadi Arena, Goh Sze Fei menyatakan bahawa, " undian kali ini sangat mencabar, sekarang undian  semua tiada yang senang. Kita akan fokus satu demi satu , fokus yang pusingan pertama dahulu,"

Pasangan Malaysia akan buka kempen Terbuka Malaysia menentang lawan dari Thailand, Supak Jomkoh / Kittinupong Kedren dan pertemuan kali terakhir menyaksikan gandingan Thailand ini menang dalam tiga set di Terbuka Thailand.

Persembahan terbaiik Sze Fei / Izzuddin di Terbuka Malaysia ialah mara ke separuh akhir dalam kejohanan edisi 2022.

Sze Fei dan Izzuddin pernah berpisah seketika pada Januari 2023 sebelum kembali berganding pada Mei dan menang kejohanan antarabangsa pertama mereka pada Julai di Terbuka Amerika Syarikat.

Tambah Sze Fei lagi, " untuk sasaran jangka masa pendek, saya berharap kita boleh kembali ke kedudukan 10 terbaik terbaik secepat mungkin dan itulah target saya,"

Sementara itu, Wan Arif Wan Junaidi terpaksa menunggu sehingga pasangannya, Yap Roy King pulih dari kecederaan MCL Grade 1 dalam tempoh 6 hingga 8 minggu sebelum kembali beraksi.

Biarpun sudah tidak lama berada di gelanggang, Arif tetap beri kata-kata semangat kepada Roy King untuk fokus kepada kesihatannya terlebih dahulu.

Dalam rancangan yang sama, Arif memaklumkan, "setakat ini jurulatih maklumkan tiada apa-apa cuma bertanya tentang situasi Roy King bagaimana dan minggu lepas dia ada jumpa doktor dan doktor sahkan dia Grade 1,"

"tiada apa-apa isulah, diua kena selepas Kejohanan Kebangsaan tahun ini, dia Grade 1, dia kena rehat enam ke lapan minggu. Untuk masa sekarang dia rehat dan fasal pasangan itu jurulatih tiada bercakap apa-apa lagi."

"Saya rasa insh-Allah bolehlah, sebab saya dengan Roy King pun tiada apa-apa masalah kalau kita ada rasa tidak puas hati, saya dengan dia pun ada cakap kalau ada tak puas hati jika mahu beritahu orang lain, kalau boleh berita antara sesama kita dahululah, bagi dia fahamlah situasi."
 

Advertisement

Must Watch Video