Skip to main content

Badminton

Badminton Terbuka Malaysia: Aaron-Wooi Yik lolos ke suku akhir

aaron-wooi-yik.jpg
Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, meneruskan kemaraan ke pusingan suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia susulan menewaskan rakan senegara, Nur Izuddin Rumsani-Goh Sze Fei, sebentar tadi.

Aaron-Wooi Yik mengikut jejak langkah Ong Yew Sin-Teo Ee Yi ke pusingan lapan terakhir selepas mengatasi Sze Fei-Izzuddin 21-15, 21-16.

Beregu keempat dunia itu tidak diberikan tentangan hebat daripada rakan senegara, namun ia bakal menjadi kisah berbeza apabila bakal berdepan juara bertahan, Kang Min-hyuk-Seo Seung-jae dari Korea Selatan.

Aaron-Wooi Yik dan Yew Sin-Ee Yi menjadi wakil terakhir negara dalam saingan kali ini selepas deretan wakil negara tersingkir.

 

Advertisement

Must Watch Video