Gandingan Taiwan memusnahkan harapan beregu muda campuran negara, Loh Ziheng-Noraqilah Maisarah Ramdan, untuk ke perlawanan akhir Kejohanan Badminton Remaja Asia, sebentar tadi.
Meskipun membuka set pertama hari ini dengan langkah kanan menerusi kemenangan 15-13 di Guwahati, India, namun rentak itu gagal dipertahankan dan terpaksa akur dengan pingat gangsa.
Hung Bing Yu-Chou Yun An, bagaimanapun, mendominasi baki dua set berikutnya untuk menyingkirkan pilihan ketiga itu 15-12, 15-8, secara tidak langsung meleburkan rekod dua kekalahan sebelum ini.
Noraqilah Maisarah masih mempunyai satu lagi acara dalam separuh akhir apabila bakal bergandingan di samping Low Zi Yu dalam acara beregu wanita.