Skip to main content

Badminton

Badminton Purple League: Peluang Jin Wei lepas gian di atas gelanggang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

butterworth-bc,-goh-jin-wei-ching-choo-han.jpg
Bekas juara remaja dunia, Goh Jin Wei, menyuarakan hasrat untuk kembali semula mewakili negara, tetapi kali ini mahu bergerak sebagai pemain profesional dan lebih menarik akan beralih ke beregu campuran.

Ia susulan kemunculan semulanya bagi membantu Kelab Badminton Butterworth dalam saingan Purple League yang membuka tirai hari ini.

Ini kali pertama Jin Wei turun ke gelanggang untuk saingan kompetitif sejak mengumumkan persaraan September lalu.

Dia mengakui tahap kecergasannya merosot dengan mendadak dan gagal memberikan yang terbaik dalam dua acara yang disertainya iaitu perseorangan wanita termasuk beregu campuran apabila bergandingan dengan Ch'ng Choo Han ketika menentang Kelab DSBC Labuan.

"Saya memang nak main semula tetapi keadaan badan saya tidak mengizinkan. 

"Saya mahu ambil sedikit masa untuk berehat selain menyasarkan untuk beraksi dalam acara beregu wanita atau campuran. 

"Mungkin saya masih berpeluang menyertai kejohanan besar," bekas juara remaja dunia edisi 2015 dan 2017 itu.




Bekas perseorangan wanita negara itu juga masih bergantung dengan ubat-ubatan untuk memastikan dia mampu mengerah keringat di atas gelanggang susulan bergelut dengan masalah usus.

Jin Wei tidak berselindung untuk bergerak secara profesional, namun keutamannya kini adalah mengembalikan semula prestasinya sebelum mencari gandingan beregu campuran.

"Saya makan sehari sekali sahaja jadi susah untuk kekalkan prestasi kerana saya tidak dapat berlatih (dengan gigih). 

"Kali ini saya lebih menikmati permainan.

"Saya mohon maaf kepada pasukan kerana walaupun mereka mahu saya menikmati sahaja pertarungan ini, saya tetap berharap dapat menyumbang mata. Saya harap selepas ini dapat memungut mata buat pasukan."

Advertisement

Must Watch Video