Skip to main content

Badminton

Badminton PETRONAS Remaja Antarabangsa: Malaysia rangkul dua gelaran

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

petronas.jpg
Pasukan tuan rumah muncul juara dengan dua gelaran pada hari terakhir pertandingan dalam Cabaran Remaja Antarabangsa Malaysia PETRONAS 2025 di Dewan Wawasan di Perlis.

Kontinjen Malaysia merangkul kejuaraan beregu campuran menerusi Loh Ziheng-Noraqilah Maisarah Ramdan sebelum menambah satu lagi kejayaan melalui menerusi beregu perempuan Low Zi Yu-Dania Sofea Zaidi.

Pada perlawanan akhir beregu campuran, pilihan kedua Ziheng-Noraqilah membuktikan bahawa kemenangan mereka merangkul mahkota pada Kejohanan Bawah 18 Tahun (B-18) Kebangsaan PETRONAS awal tahun ini bukanlah kebetulan.

Menentang pasangan dari negara sama, Datu Anif Isaac Datu Asrah-Dania Sofea, pada perlawanan akhir Cabaran Antarabangsa Remaja Malaysia PETRONAS 2025 kali ini, Ziheng-Noraqilah terpaksa bermain dengan penuh kesabaran.

Dengan Datu Anif-Dania Sofea ingin menebus kekalahan pada pertemuan terakhir mereka, kemenangan 22-20 pada set pertama adalah satu-satunya penyelamat mereka.

Namun, Ziheng dan Noraqilah tidak berputus asa apabila mereka meningkatkan pertaruhan untuk mengambil set kedua 21-15 dan set ketiga 21-12 untuk kemenangan dalam masa 54 minit.
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video