Pemain badminton para negara, Ikhwan Ramli, perlu sekurang-kurangnya ke separuh akhir dalam tiga kejohanan, iaitu Terbuka Brazil, Terbuka Peru dan Terbuka Sepanyol untuk merebut slot kelayakan ke Sukan Paralimpik Tokyo, Ogos depan.
Ikhwan, 25, antara pemain yang terpilih untuk menyertai ketiga-tiga kejohanan itu bermula bulan ini di samping jaguh negara, Cheah Liek Hou, yang sudah layak secara merit ke Tokyo.
Dia yang kini berada di ranking ke-13 dunia, mengakui akan berdepan cabaran besar untuk melayakkan diri ke temasya terbesar itu.
"Jurulatih sentiasa mengingatkan saya untuk bersedia menghadapi kejohanan yang akan datang.
"Cabaran untuk ke separuh akhir agak sukar juga kerana ada empat atau lima pemain yang mampu mencabar.
"Jadi, saya akan melakukan yang terbaik," katanya.
Editor: Muzaffar Musa