BADMINTON
Badminton Masters KL: Peng Soon-Yee See akhiri kemarau gelaran enam tahun
Chan Peng Soon-Cheah Yee See untuk menamatkan kemarau gelaran selama enam tahun menerusi Kejohanan Badminton Masters Kuala Lumpur setelah menundukkan wakil Thailand, Pakkapon Teeraratsakul-Phataimas Muenwong, sebentar tadi.
Beregu campuran di ranking ke-44 itu memulakan langkah dengan nota positif untuk apabila menawan set pertama 21-9.
Namun, kelekaan di pertengahan set kedua memberi ruang buat pencabar mereka untuk mengikat kedudukan sebelum melepaskan set kedua 17-21.
Iklan
Tetapi situasi itu tidak dibiarkan berlarutan buat Pakkapon-Phataimas -- yang mengetepikan dua wakil negara menuju ke pentas final di Stadium Titiwangsa -- untuk terus menguasai permainan.
Permainan lebih tersusun daripada Peng Soon-Yee See dalam set penentuan kemudian memuktamadkan permainan 21-10.
"Memang dalam perancangan saya untuk bersara tahun depan tapi sekarang saya akan berusaha keras dulu.
"Saya akan terus beraksi sehingga April atau Mei dan mungkin sehingga tamatnya tempoh kelayakan Olimpik nanti.
"Jadi bagi saya dan Yee See, saya sangat sangat bangga dapat menang gelaran ini," katanya yang kali terakhir bergelar juara bersama Yee See adalah pada 2017 di Terbuka Russia.
"Saya dan Yee See memang kami tidak fikir jauh sebab sangat susah untuk layak ke Olimpik.
"Jadi kami tak nak terlalu fikirkan mengenai perkara itu dan cuba untuk beri yang terbaik dalam setiap perlawanan yang disertai dan 'enjoy' setiap permainan. Menang atau kalah itu lain cerita.
"Lagi pula, saya bukan muda lagi. Tiap hari bila bangun tidur kalau sesi latihan yang berat badan akan rasa sakit jadi kena pandai uruskan diri," katanya.
Must-Watch Video