Skip to main content

Badminton

Badminton Dunia: Ng Tze Yong lepasi rintangan sulung

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ng-tze-yong_1.jpg
Ng Tze Yong membuat kemunculan pertamanya di pentas Kejohanan Badminton Dunia dengan mara ke pusingan kedua di Gimnasium Metropolitan Tokyo, pagi tadi. 

Perseorangan lelaki negara berusia 22 tahun itu hanya memerlukan 20 minit untuk mengetepikan juara Masters Malaysia dari Indonesia, Chico Aura Dwi Wardoyo, 21-16, 21-10 dalam pusingan 64 itu.

Dia merupakan peserta saat akhir Kejohanan Dunia dan masih segar dengan kejayaan meraih pingat perak Sukan Komanwel Birmingham bakal berhitung dengan Sittikhom Thammasin (Thailand) yang menumpaskan wakil tuan rumah di kedudukan ke-14 dunia, Kanta Tsuneyama, dalam aksi tiga set.

"Saya berasa bertuah dapat berada di Tokyo jadi saya mahu berikan yang terbaik atas peluang ini. 

"Sukan Komanwel sudah berlalu. Kejohanan Dunia merupakan permulaan baru buat saya. 




"Saya tidak mahu memberi tekanan kepada diri sendiri dengan terlalu memikirkan (pihak lawan), sebaliknya sedia bekerja keras untuk memungut setiap mata," katanya yang dipetik daripada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).



 

Advertisement

Must Watch Video