Skip to main content

Badminton

Badminton Dunia BWF: Kisona gagal teruskan kemaraan

kisona-tersingkir-di-pusingan-pertama-kejohanan-badminton-dunia.jpg
Pemenang pingat emas Sukan SEA 2019 S. Kisona, terpaksa akur dengan penyingkiran susulan tewas kepada wakil Vietnam, Vu Thị Trang, dalam saingan Kejohanan Badminton Dunia, sebentar tadi.

Di atas kertas, kisona sepatutnya tiada masalah untuk meneruskan kemaraan berdasarkan ranking semasa dirinya yang jauh lebih baik berbanding Thi Trang.

Kisona menghuni tangga ke-54 dunia, sementara wakil Vietnam itu di tangga ke-79 namun Thi Trang tetap mempamerkan belang mendominasi set pertama sebelum menang mudah 21-10.

Tapi di set kedua, Kisona berusaha untuk bangkit, namun lawannya kekal tenang di gelanggang mengutip mata demi mata sebelum menamatkan perjalanan wakil negara itu 21-17.
 

Advertisement

Must Watch Video