Skip to main content

Badminton

Badminton Dunia BWF: Aaron-Wooi Yik mara ke separuh akhir

aaron-chia-soh-wooi-yik-mara-ke-separuh-akhir-badminton-dunia-bwf.jpg
Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, menempah slot ke separuh akhir Kejohanan Badminton Dunia selepas mengatasi pasangan Korea Selatan, Choi Sol-gyu-Seo Seung-jae,di Tokyo Metropolitan Gymnasium, sebentar tadi.

Perlawanan di antara dua beregu itu berlangsung sengit sejak awal aksi tetapi Aaron dan Wooi Yik lebih menyerlah untuk memenangi set pertama 21-18.

Beregu pilihan keenam itu kemudian diberikan tentangan lebih sengit pasangan Korea Selatan itu dalam set kedua namun laluan ke separuh akhir menjadi milik Aaron dan Wooi Yik menerusi kemenangan 21-16.

Menanti mereka di separuh akhir adalah pasangan dari India serta pemenang pingat emas Sukan Komanwel Birmingham, C. Shetty-S. Rankireddy.

Advertisement

Must Watch Video