Skip to main content

Badminton

Badminton Dunia BWF: Aaron-Wooi Yik hanya mahu tumpu kutipan mata

aaron-chia-soh-wooi-yik-badminton.jpg
Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, enggan memikirkan terlalu jauh mengenai sebarang potensi sempena final Kejohanan Badminton Dunia, tengah hari esok.  

Selepas enam kali terkandas dalam separuh akhir, mereka akhirnya menamatkan badi itu dengan menundukkan pencabar dari India, India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty, 20-22, 21-18 21-16, di Pusat  Gimnasium Metropolitan Tokyo, hari ini. 

"Dalam set ketiga, kami akui agak gemuruh tapi cuba fokus satu persatu mata dan diri sendiri. 

"Saya rasa ia titik tolak kemenangan kami," kata Aaron selepas perlawanan. 

Namun, dia berkata kejayaan menyingkirkan Hendra Setiawan-Mohamad Ahsan dalam suku akhir Terbuka Malaysia, bulan lalu bukan satu ukuran, lebih-lebih lagi beregu Indonesia itu memiliki pengalaman menggondol tiga kejuaraan dunia. 

"Apa pun misi kami belum selesai. 

"Kami tidak mahu memikirkan potensi bergelar beregu pertama negara yang mencipta sejarah mahupun ditabal sebagai juara dunia atau perkara seumpama itu," katanya lagi.






Wooi Yik turut sependapat dengan rakannya itu dan berharap mereka akan saling memperkemaskan kerjasama mereka di atas gelanggang. 

"Perlawanan hari ini berbeza dengan pertemuan lalu. 

"Memandangkan kami selalu terkandas di peringkat separuh akhir jadi kami sedar perlu menghapuskan badinya. 

"Saya juga rasa titik tolak kami ialah memberi fokus kepada diri sendiri. 

"Saya berterima kasih kepada Aaron. 

"Saya banyak melakukan kesilapan dan dia kerana menenangkan dan menggalakkan saya," katanya.  
 

Advertisement

Must Watch Video