Skuad badminton negara harap tuah di laman sendiri serta bantuan sokongan padu penyokong tempatan mampu jadi pemangkin untuk mereka beraksi baik.
Setelah Malaysia kini dilabel sebagai antara pasukan pilihan untuk mengungguli Kejohanan Badminton Berpasukan Asia yang bakal membuka tirai 15 Februari ini, ia pasti jadi sasaran utama pasukan negara.
Penganjur kejohanan, Badminton Asia bersama kerajaan Negeri Selangor mengumumkan kemasukan percuma buat semua penonton yang ingin menyaksikan saingan ini di Pusat Konvensyen Setia Alam.
Ini merupakan kejohanan badminton antarabangsa pertama di Malaysia selepas dua tahun negara berperang dengan wabak COVID-19.
Biarpun kemasukan penonton adalah terhad, barisan pemain negara amat menghargai setiap sokongan dan laungan semangat di venue, apatah lagi kini mereka perlu menepati ramalan untuk mara ke final setelah menurunkan barisan pemain terkuat jika dibandingkan dengan lawan.
Skuad wanita negara akan terlebih dahulu turun ke gelanggang buat perhitungan dengan India dalam Kumpulan Y Selasa ini dan sehari kemudian giliran skuad lelaki berentap dengan Singapura pada perlawanan pembukaan Kumpulan B.