Sama ada mahu terima atau tidak, barisan perseorangan lelaki yang dipilih ke Kejohanan Badminton Berpasukan Asia di Alor Setar, Kedah bulan depan adalah yang terbaik untuk memastikan kelayakan ke Piala Thomas di Thailand dari 20 hingga 27 Mei ini.
Finalis edisi 2002, Muhammad Roslin Hashim, berkongsi realiti apa yang diperlukan untuk skuad diketuai Datuk Lee Chong Wei itu tidak berputih mata.
Ketika kredebiliti Chong Wei diuji hebat musim lalu, terbit persoalan adakah dia berupaya menjamin mata pertama buat Malaysia.
Siapa pilihan perseorangan kedua lebih sesuai pada pandangan Roslin, Lee Zii Jia atau Soong Joo Ven? Dan kemampuan Iskandar Zulkarnain Zainuddin sebagai perseorangan ketiga.
"Dalam Asia, pemain yang mungkin kuat adalah China. Saya rasa kalau pemain negara lain, Chong Wei tiada masalah. Mungkin Chong Wei boleh menyumbang satu mata tetapi pemain lain mungkin sukar.
"Saya lebih memilih Zii Jia kerana berdasarkan rankingnya, dia berada di kedudukan ke-41. Ia bagus untuknya. Dia memerlukan banyak pengalaman tetapi dia boleh memberikan apa yang dimilikinya," kata Roslin.
Lebih kurang sebulan sebelum kempen di Alor Setar bermula, persiapan rapi serta pemantapan semangat satu pasukan menjadi aset buat skuad negara.
Antara faktor mengapa Roslin berasakan Malaysia tidak memerlukan pemain profesional kerana menganggap pemain sedia ada adalah yang terbaik.
"Sebenarnya saya gusar kita tidak layak. Saya melihat pasukan negara lain yang sedang meningkat seperti Taiwan, Thailand dan India selain daripada Korea Selatan, China dan Indonesia.
"Negara-negara yang sebelum ini berada di bawah kita sudah mula menunjukkann peningkatan mendadak, terutama India. Jadi, di sini saya bimbang kita tidak layak. Selain persiapan, semangat
pasukan perlu tinggi," katanya lagi.
Chong Wei akan mengetuai barisan pemain lelaki yang turut disertai Zii Jia, Iskandar, Joo Ven, manakala tersenarai dalam kategori wanita pula ialah Soniia Cheah Su Ya, Goh Jin Wei, Lim Yin Fun dan S. Kisona.