Format Kejohanan Badminton Asia mungkin perlu diubah, sejajar dengan peningkatan penularan COVID-19 yang mencecah 10,089 kes tempatan hari ini.
Gelombang baru terutama membabitkan varian Omicron merupakan ancaman yang menyaksikan Thailand, Taiwan dan China memutuskan untuk menarik daripada pada saat-saat akhir, sekali gus meninggalkan lapan pasukan akan bertanding menjelang aksi di Pusat Konvensyen Setia City (SACC), Shah Alam, Selasa ini.
Lapan pasukan akan terbahagi kepada dua kumpulan bagi merebut tempat ke separuh akhir, secara tidak langsung layak ke Piala Thomas.
"Kejohanan ini akan tetap dijalankan.
"Kami akan mengadakan undian pada 8 Februari ini, mungkin ada sedikit pertukaran atau kejohanan mungkin dilewatkan sehari," kata Ketua Pegawai Operasi Badminton Asia, Saw Chit Boon.
Korea Selatan dijangka tiba malam ini dengan peraturan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menetapkan pemain dan pegawai dari luar negara perlu kuarantin selama lima sekiranya lengkap dua dos vaksin dan penggalak.
Mereka yang lengkap dua dos vaksin tanpa penggalak pula dikenakan tujuh hari kuarantin.
"Sekiranya kes di Malaysia terus melonjak, mungkin kami akan memperkenalkan format gelembung sukan.
"Mungkin kami tidak akan membenarkan pemain keluar dari stadium atau hotel.
"Ia akan ditetapkan KKM dan kami sedia patuhinya," katanya.