Skip to main content

Badminton

BAC: Wakil tunggal beregu campuran negara, Soon Huat-Shevon Lai tewas kepada bukan pilihan kejohanan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

soonhuatlai.jpg
Gandingan ranking ketiga dunia, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie, terkandas di suku akhir tewas kepada beregu campuran bukan pilihan, Jafar Abdullah-Felisha Alberta Pasaribu, dalam Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Ningbo, sebentar tadi. 

Kemahiran defensif sempurna dipamerkan gandingan ranking ke-25 itu mendapatkan mata permata permainan menerusi keputusan 21-15.

Bulu tangkis kerap terkena jaring jelas menjejaskan aksi pasangan merpati dua sejoli itu untuk merapatkan jurang di set pertama.

 Memasuki set kedua, gandingan suami isteri itu tampak bermula garang demi mencari titik kebangkitan, namun sekelip mata wakil Indonesia itu menguasai gelanggang semula dan terus menjarakkan mata kepada 5-14.

 

Segalanya seperti tidak menjadi buat juara Masters Malaysia itu apabila setiap percubaan berjaya dinafikan pihak lawan, sekali gus gagal mengubah keputusan untuk kembali dalam permainan dan akur kepada kekalahan 11-21.

Perjalanan Soon Huat-Shevon Lai terhenti di suku akhir yang menyaksikan mereka kempunan memperbaharui rekod memenangi pingat gangsa edisi 2023. 

Advertisement

Must Watch Video