BADMINTON
BAC: Siaran Langsung (Live Streaming) wakil tunggal negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik buru kejuaraan di Ningbo!
Satu sahaja lagi aksi buat pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, untuk menjulang kejuaraan Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Ningbo, China hari ini.
Perlawanan separuh akhir menyaksikan beregu lelaki nombor dua negara itu menumbangkan gandingan utama China, Liang Wei Keng-Wang Chang, dengan kemenangan straight set 21-12, 21-14.
Halangan terakhir mereka di final adalah beregu tuan rumah, Chan Bo Yang-Liu Yi.
Iklan
SIARAN LANGSUNG & LIVE STREAMING AKSI MALAYSIA
Jangan terlepas untuk menyaksikan pemain negara secara langsung di Astro Badminton HD saluran 815 pada jam 5.00 petang (sesi kedua) ini.
Anda juga boleh tonton secara live streaming di Astro GO dan Sooka.
Must-Watch Video