Skip to main content

Badminton

BAC: Penyokong Indonesia mahu lihat Aaron Chia-Wooi Yik bergelar juara!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

malaysia.jpg
Penyokong badminton Indonesia kagum dengan sentuhan ketua jurulatih skuad beregu lelaki badminton negara, Herry Iman Pierngadi, yang memacu beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, mara ke pentas akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC).

Rata-rata penyokong di media sosial dari negara jiran itu memberikan komen positif selain mendoakan kejayaan wakil negara yang akan bersaing di pentas akhir hari ini di bawak kendalian jurulatih yang turut dikenali sebagai Naga Api itu.

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, akan berdepan wakil tuan rumah iaitu  Chan Bo Yang-Liu Yi di Ningbo, China.


 



Beberapa penyokong berkongsi: "Kali ini sokong Malaysia, semoga juara".

Terkenal dengan julukan 'jurulatih naga api', Herry IP memiliki pengalaman luas melahirkan deretan beregu handalan dunia sewaktu berada di Indonesia, antaranya Hendra Setiawan-Markis Kido, Chandra Wijaya-Tony Gunawan dan Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo.

Advertisement

Must Watch Video