Skip to main content

Badminton

BAC: Medan Ng Tze Yong ukur semula prestasi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ng-tze-yong.jpg
Ketua jurulatih skuad perseorangan negara, Kenneth Jonassen, berkata Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Ningbo, China minggu depan akan menjadi medan Ng Tze Yong untuk mengukur semula prestasinya selepas berehat sejak setahun lalu gara-gara kecederaan belakang.

Cabaran besar menanti perseorangan lelaki negara itu apabila akan bertemu juara dunia 2023 dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn, dalam pusingan pertama kejohanan berkenaan tetapi fokus utama yang diletakkan buat Tze Yong adalah untuk kembali mendapatkan rentak permainan terbaik.

Rekod di atas kertas juga tidak memihak Tze Yong, di mana dia tewas kedua-dua pertemuan terdahulu.

"Sudah pasti ia amat-amat sukar kerana Kunlavut ketika ini antara pemain terbaik dunia," kata Jonassen kepada wartawan Astro Arena, Zaki Zainal.

"Tetapi ia juga merupakan ujian sebenar dan ia akan memberikan kita jawapan yang baik kerana selepas kembali daripada kecederaan jangka panjang, ini cara terbaik untuk mengetahui tahap sebenar permainannya.

"Kini, Tze Yong yang sebelum ini hanya mengetahui tahapnya secara online, kini perlu menghadapi kejohanan sebenar dan ia akan memberikan barisan kejurulatihan jawapan terbaik tentang bagaimana untuk meningkatkan latihannya selepas ini," katanya
 

Advertisement

Must Watch Video