Skip to main content

Badminton

BAC: Man Wei Chong-Tee Kai Wun gagal cipta kebangkitan ke suku akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

wei-chong-kai-wun.jpg
Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, gagal suku akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC) apabila tewas dalam aksi tiga set kepada wakil Taiwan, Liu Kuang Heng-Yang Po Han di Ningbo, China sebentar tadi.

Seakan-akan ada yang tidak kena buat gandingan pilihan kelapan itu dalam set pembukaan, di mana selepas terikat di kedudukan 4-4, mereka tidak lagi dapat memintas lawan untuk akur tewas mudah 12-21.

Bagimanapun, Wei Chong dan Kai Wun mempamerkan dominasi total dalam set berikutnya untuk tidak pernah berada di belakang sejak meraih mata pertama, sekali gus mencatatkan kemenangan 21-16 bagi mengheret permainan ke set ketiga.

Aksi dalam set penentuan berlangsung amat sengit dengan kedua-dua gandingan sentiasa berkejaran mata tetapi sewaktu mendahului 17-16, Wei Chong-Kai Wun membenarkan lawan memperoleh empat mata berturut-turut sebelum tewas 18-21 selepas secara keseluruhan bertarung selama 53 minit.
 

Advertisement

Must Watch Video