Skip to main content

Badminton

BAC: Ini fakta menarik mengenai kemenangan Aaron Chia-Soh Wooi Yik di Ningbo

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aaron.jpg
Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, muncul juara Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2025 selepas menewaskan wakil tuan rumah, Chen Bo Yang-Liu Yi, menerusi aksi straight set, 21-19,21-17, sebentar tadi.

Namun, terdapat fakta beberapa menarik di sebalik kemenangan wakil negara itu, antaranya:

Kemenangan Aaron Chia-Soh Wooi Yik menamatkan penantian 18 tahun Malaysia untuk acara beregu lelaki dalam kejohanan BAC sejak kali terakhir adalah Choong Tan Fook-Lee Wan Wah yang memenanginya pada 2007.

Selain itu, ini merupakan debut pertama ketua jurulatih skuad beregu lelaki badminton negara, Herry Iman Pierngadi, atau turut dikenali sebagai Naga Api bersama pasukan negara.

Terdahulu, Herry Iman tidak dapat menyertai skuad negara susulan masalah visa dalam kejohanan sebelum ini.

Malah, untuk rekod ini merupakan kejohanan pertama yang disertai Aaron-Wooi Yik dan memenangi semua perlawanan menerusi aksi straight set sehingga bergelar juara.

Advertisement

Must Watch Video