Skip to main content

Badminton

BAC: Arif-Roy King cemerlang ke pusingan kedua

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

arif-junadi-yap-roy-king.jpg
Beregu lelaki meningkat naik negara, Arif Junaidi-Yap Roy King, mempamerkan aksi cemerlang untuk melangkah ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Ningbo, China sebentar tadi.

Berdepan gandingan Singapura, Wesley Koh-Junsuke Kubo, beregu negara itu pada awalnya kelihatan bergelut, tetapi sebaik mengikat kedudukan 11-11, mereka tidak lagi menoleh ke belakang untuk memenangi set pertama 21-17.

Arif dan Roy King kerap ketinggalan dalam set kedua, namun sewaktu berada di kedudukan genting 19-19, mereka jelas memiliki ketengan untuk meraih dua mata terakhir bagi mencatatkan kemenangan 21-19 selepas secara keseluruhan bertarung selama 43 minit.

Cabaran besar menanti mereka bagi penentuan ke suku akhir esok apabila akan bertemu pemain pilihan kedua dan jaguh tuan rumah, Liang Wei Keng-Wang Chang.
 

Advertisement

Must Watch Video