Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mengatur langkah ke suku akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC) dengan meyingkirkan gandingan Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Kittinupong Kedren secara straight set, sebentar tadi.
Beregu lelaki profesional negara tersebut, bagaimanapun, kelihatan agak longlai ketika memulakan pertemuan kedua mereka itu apabila ketinggalan 7-11.
Tetapi berbekalkan keyakinan yang kian memuncak, mereka mula menerajui set pertama di mata ke-16 sebelum menyempurnakan misi pertama 21-18.
Rentak garang mereka berhasil sebelum Dechapol-Kittinupong kembali memberi saingan, sekali gus di depan dengan kelebihan 9-7.
Pertarungan di Ningbo, China, itu berlanjutan dalam beberapa rali untuk gandingan negara kembali membina momentum. Dan selepas beberapa percubaan, mereka akhirnya berupaya memintas lawan apabila terlebih dahulu mengesahkan mata akhir sebelum babak dius itu memihak Sze Fei-Nur Izzuddin 22-20.
Lantas, mereka bakal membuat perhitungan dengan wakil tuan rumah, Chen Boyang-Liu Yi, esok.
Dalam masa sama, rakan mereka di bahagian profesional, Arif Junaidi-Yap Roy King, tunduk kepada pilihan kedua kejohanan, Liang Wei keng-Wang Chang dalam aksi tiga set.