Skip to main content

Badminton

Astro Kem Badminton tiba di Kuala Lumpur

kembadminton.jpg
Sesi pemilihan Astro Kem Badminton memasuki lokasi keempat, iaitu Kuala Lumpur, yang berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kiara.

Sesi kali ini menyaksikan kehadiran bekas peserta Astro Kem Badminton tampil memberi semangat kepada peserta.

"Ketepatan masa adalah suatu ilmu yang saya raih ketika berkelana di luar negara," kata bekas peserta edisi 2014, Kok Jing Hong.

"Berlatih di Jepun, disiplin merupakan perkara paling penting bagi setiap atlet di samping tepat pada masa setiap kali turun berlatih," kata bekas peserta edisi 2015, Muhammad Fazriq Mohamad Razif.
 

Advertisement

Must Watch Video