Skip to main content

Badminton

Astro Kem Badminton: Pusingan akhir di Puchong kena serbu

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kem.jpg
Astro Kem Badminton minggu ini akan diadakan di Pusat Sukan Puchong sepanjang hujung minggu ini sebagai usaha untuk mencari bakat baru dalam sukan badminton negara. 

Ketua jurulatih dan bekas pemain negara, Chan Chong Min, mengakui berpuas hati dengan kehadiran peserta yang amat memberangsangkan dan mendapat sambutan menggalakkan.

"Sudah ramai yang mendaftarkan diri, iaitu lebih 900 peserta, dan kami juga menjangkakan penambahan peserta kerana mereka boleh mendaftar secara 'walk-in' pada esok," kata Chan Chong Min.

Tambahnya, pemilihan akan diadakan untuk memilih 10 peserta terbaik yang akan menjalani latihan insentif nanti.

"Pemilihan akhir akan diadakan di Kuala Lumpur, dan 10 peserta terbaik akan dipilih untuk mengikuti latihan insentif yang disediakan kami."

Chong Min juga menyeru semua ibu bapa untuk hadir bersama anak-anak mereka dan mendaftar secara percuma pada sesi pemilihan terakhir Sabtu ini.

"Datanglah beramai-ramai kerana tiada sebarang yuran pendaftaran dikenakan serta berpeluang memiliki baju jersi Astro," katanya.

Advertisement

Must Watch Video