Skip to main content

Badminton

Astro Kem Badminton: Pulau Pinang gamit pelbagai lapisan bakat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kem-badminton-astro-pulau-pinang.jpg
Astro Kem Badminton (AKB) meneruskan momentum di lokasi ketiganya, Pulau Pinang, dan disambut meriah dengan kehadiran 346 peserta pada hari ini. 

AKB bukan sahaja menjadi platform pencarian bakat, malah sudah diiktiraf sebagai pentas berprestij yang diyakini ramai termasuk bekas pemain kebangsaan sendiri, Chan Huan Choon. 

"Sikap akan menjadi penentu untuk melihat mereka pergi jauh.

"Selain asas skil dan fizikal yang dibekalkan, sikap dan kemahuan yang menjadi penentu. 

"Ada beberapa pemain di sini yang dikenal pasti berbakat besar," katanya. 

Selain itu, bekas pemain kebangsaan, Chan Huan Choon, berangggapan AKB merupakan satu platform pendedahan yang meliputi di pelbagai peringkat. 

"AKB sesuai untuk pemain muda yang berpengalaman selain yang baru berjinak-jinak.





"Saya harap AKB dapat melahirkan bakat yang mewakili Malaysia," katanya. 

Dalam pada itu, antara ratusan peserta yang hadir hari ini, terselit kisah seorang bapa yang percaya sukan badminton mampu membuka peluang kepada anaknya untuk belajar, membina kekuatan, dan berkembang bersama rakan-rakan lain.

"Sebelum ini ramai yang mengatakan anak saya gila -- tiada bakat dan tidak boleh bermain -- dan termasuk saya kerana dikatakan gila kerana mengajarnya.

"Tetapi dia buktikan mampu mewakili sekolah," kata bapa kepada Muhammad Ammar, iaitu Norazehar Mat Rozei.
 

Advertisement

Must Watch Video