Jelajah Astro Kem Badminton 2024 kini tiba di penghujungnya dengan Puchong Sport Centre menjadi destinasi akhir dalam usaha pencarian bakat badminton dari akar umbi.
Kehadiran peserta yang memberangsangkan menjadi satu kegembiraan buat penganjur, serta memperluas lagi usaha mencari bakal atlet tanah air.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Astro, Euan Smith, percaya bahawa program ini dapat menyumbang kepada pembangunan sukan badminton negara.
Kerjasama antara di Astro Kem Badminton dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan mengukuhkan lagi tujuan utama Astro untuk menjadi salah satu saluran utama dalam menggalakkan industri sukan di Malaysia.
Euan Smith mengakui bahawa program seperti Astro Kem Badminton ini perlu dianjurkan untuk sukan lain juga kerana ia berpotensi melahirkan atlet baru dari akar umbi serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan kepada generasi muda.
"Kem ini akan menghasilkan atlet berkualiti yang akan mewakili Malaysia. Bukan sahaja sukan badminton, malah sepak takraw, bola jaring, dan bola tampar juga memerlukan program seperti ini untuk melahirkan atlet yang berkualiti," katanya.
"Astro berusaha melahirkan generasi yang dapat membanggakan Malaysia dalam industri sukan, sekaligus membantu generasi seterusnya untuk sentiasa bersenam," tambahnya.