BADMINTON
Astro Kem Badminton di Sabah terima sambutan memberangsangkan
Astro Kem Badminton (AKB) 2025 kembali mencuri tumpuan dengan lokasi pertama musim ini berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah.
Dengan sokongan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta Kementerian Belia dan Sukan (KBS), kem ini berjaya direalisasikan, dan menyaksikan seramai 234 peserta hadir pada hari ini dan ia merupakan angka yang lebih tinggi berbanding tahun lepas!
AKB 2025 akan terus mencari bakat-bakat tersembunyi di seluruh Malaysia, dengan lokasi di Sabah, Johor, Pulau Pinang dan Selangor.
Iklan
Pemain terbaik dari keempat-empat lokasi itu akan dipilih untuk menyertai kem pemilihan di Kuala Lumpur. Ini adalah peluang untuk menyertai kem selama lima hari, di mana berpeluang merasai latihan intensif bertaraf profesional, bertemu pemain dan legenda negara, menerima tunjuk ajar daripada jurulatih jemputan.
Program pembangunan ini memperkenalkan satu keistimewaan baharu: peserta terbaik dari Kem Pemilihan di KL akan dipilih untuk menyertai lawatan latihan serantau pertama di Thailand!
"Progam ini memberika platform kepada ibu bapa yang ingin menyaksikan kejayaan anak-anak dalam sukan, selain mengasah bakat dalam satu medan yang terancang.
"Saya berharap ia dapat diteruskan," kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali.
"Saya menunggu saat ini lebih tiga tahun. Hari ini cita-cita saya dan anak tercapai.
"Kami sebagai ibu bapa sangat berbesar hati kerana Astro mengadakan program ini di Sabah.
"Bukan senang, tapi kami tetap bersungguh-sungguh melihat dia menyertai kem ini," kata ibu bapa.
Must-Watch Video