Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Badminton

All England Live: Lee Zii Jia cemerlang melangkah ke suku akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lee-zii-jia-new.jpg
Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia terus membawa cabaran negara ke peringkat suku akhir selepas menewaskan lawan dari Singapura, Loh Kean Yew,  sebentar tadi.

Dalam set pertama Zii Jia, turun dengan aksi yang begitu menyakinkan selepas meninggalkan jauh lawan dengan kutipan mata 8-0, sebelum terus konsisten mengakhiri permainan 21-15.

Lawan yang berada pada kedudukan ke-11 dunia itu seakan terpukau selepas Zii Jia menguasai keseluruhan permainan dengan lebih kemas untuk  meneruskan momentum cemerlang untuk meraih kemenangan mudah 21-12 dalam masa 33 minit.




Wakil tunggal perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia akan meneruskan cabaran Kejohanan Badminton Seluruh England dalam peringkat suku akhir, esok.

Advertisement

Must Watch Video