Skip to main content

Badminton

Akademi Li Yongbo gamit tajaan BAM-Freeyond

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bam-norza.jpg
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan tajaan baru yang bernilai hampir RM2 juta daripada syarikat teknologi konsumer yang berpangkalan di Shenzhen, China, Freeyond. 

Presiden BAM, Tan Sri Mohammad Norza Zakaria, berkata penajaan itu akan berlangsung dalam tempoh setahun dan melibatkan misi serampang dua mata.

Ia juga menunjukkan inisiatif badan induk itu untuk mendapatkan lebih banyak dana bagi persiapan pemain negara menuju kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 serta beberapa pelan pembangunan baru.

"Aspek penting mengapa kami memilih Freeyond ialah kerana Pengarah FreeYond, Datuk Eddie Chai Woon Chet, mempunyai hubungan baik dengan Akademi Li Yongbo.




"Kami rancang untuk bawa pemain ke sana. Kami mempunyai banyak lapisan (kelompok pemain) dan sudah tentu kelayakan Sukan Olimpik.

"Kami juga akan hantar pemain ke sana termasuk pelapis, khususnya bahagian perseorangan," katanya.

 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video