Perseorangan lelaki negara, Aidil Shioleh Adi Sadikin, mendedahkan bahawa dia belum cergas sepenuhnya menjelang saingan Kejohanan Badminton Cabaran Antarangsa Thailand di Korat minggu depan.
Pemain berusia 23 tahun itu mengalami kecederaan berkenaan sewaktu Cabaran Antarabangsa Malaysia pada November lalu dan mengakui masih bergelut untuk mendapatkan tahap kecergasan trbaik.
Bagaimanapun, ia bukan satu alasan untuknya mengalah, bahkan Aidil Sholeh bertekad untuk meneruskan sasarannya dalam mengisi kelompok 55 pemain terbaik dunia selain turut termotivasi dengan kejayaan rakannya, Justin Hoh, bergelar juara Cabaran Antarabangsa Uganda minggu lalu.
"Persediaan saya agak baik tetapi masih belum dapat 100 peratus," katanya kepada wartawan Astro Arena, Syifa Nasir.
"Kerana saya baru sahaja pulih daripada kecederaan dan baru dua minggu kembali menjalani latihan.
"Ia tidak teruk sangat tetapi tendon saya masih bengkak dan sebulan tidak dapat berlatih. Ia kini sudah semakin pulih.
"Kalau boleh, saya mahu berada dalam kelompok 55 teratas tahun ini," katanya.