Skip to main content

Badminton

Aaron Chia-Wooi Yik ungguli undian beregu lelaki terbaik Malaysia sepanjang zaman

undian.jpg
Kejayaan merangkul gelaran pertama Kejohanan Badminton Asia (BAC) selepas tempoh 18 tahun dalam sektor beregu lelaki meletakkan Aaron Chia-Soh Wooi Yik sebagai gandingan terbaik Malaysia sepanjang zaman.

Menerusi undian yang dianjurkan oleh Astro Arena, rata-rata peminat sukan tanah air memilih pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu menewaskan nama-nama besar seperti Cheah Soon Kit-Yap Kim Hock dan Jalani Sidek-Razif Sidek.

Selain itu, selaku wakil pertama dalam sejarah berhasi menggondol juara dunia pada 2022 menyebabkan Aaron Chia-Wooi Yik menerima undian tertinggi dengan jumlah 51.4 peratus. 

Adakah anda semua bersetuju dengan undian ini? 

Advertisement

Must Watch Video