Pendatang baru Liga Perdana Sepaktakraw League (STL), Melaka Titans, menjadikan resipi menggunakan hampir 100 peratus anak jati negeri itu sebagai penguat semangat untuk menghadapi pasukan pilihan.
Ini kerana Melaka Titans yang muncul juara Divisyen Satu tahun lalu lebih selesa dilabelkan sebagai pasukan underdog.
Tekong mudanya yang baru berusia 20 tahun, Muhd. Hafizzudin Baharuddin, mengakui ada sedikit perasaan rendah diri dalam kalangan mereka tetapi itu bukan halangan yang membuat mereka berasa gentar.
"Faktor membariskan anak jati Melaka membuatkan kami sedikit gugup.
"Tetapi, lawan tetap lawan. Jadi, kami akan yang memberikan yang terbaik dalam kempen kali ini," kata Hafizzudin.
Pengurus Melaka Titans, Arshad Mohamed Radzi, mahu barisan pemainnya bercita-cita tinggi dengan meletakkan sasaran menempatkan diri dalam kalangan empat terbaik STL.
Berdasarkan gandingan pemain berpengalaman dan muda, Arshad memberi amaran kepada pasukan lain agar jangan memandang rendah kemampuan Melaka Titans.
"Kami akan cuba kekal dalam saingan Liga Perdana.
"Kami pernah tersingkir sebelum bangkit menjuarai Divisyen Satu pada tahun lepas.
"Oleh itu, kami menyasarkan kedudukan empat terbaik.
"Kami melihat Terengganu dan Selangor yang mempunyai ramai pemain kebangsaan sebagai pencabar utama.
"Namun, pemain saya sudah biasa menentang mereka, oleh itu kami akan cuba meningkatkan tahap permainan untuk memberikan saingan terbaik," kata Arshad.