Skip to main content

Sepak Takraw

STL: Guardians tumbang di tangan Tigris, Black Panther kembali temui rentak kemenangan

johor-tigris.jpg
ATM Guardians gagal mengekalkan rentak cemerlang apabila akur dengan kekalahan kepada Johor Tigris dalam saingan Liga Sepak Takraw (STL) sebentar tadi.

Juara bertahan saingan Liga Sepak Takraw (STL), ATM Guardians dalam motivasi terbaik selepas anak buah Faizal Zainal Abidin, meleburkan rekod tanpa kalah Penang Black Panthers minggu lalu di Spice Arena Pulau Pinang.

Ibarat tentera berjuang di medan perang, Guardians cuba menguasai gelanggang namun Johor Tigris tidak memberikan laluan mudah dengan servis daripada Rattadech Noijaroen yang banyak menghasilkan mata sebelum menutup set pertama 21-19.

Faktor lambat panas Guardians membenarkan Tigris kekal lebih ampuh di set kedua dan ketiga dengan garang mengasak Guardians untuk mencatatkan kemenangan kedua selepas enam perlawanan dengan menoktahkan kemenangan 21-18, 21-17 sekaligus menafikan pendahulu liga.

Sementara Black Panthers yang tewas sebelum ini kepada Guardians memasang niat mahu mengembalikan kegemilangan skuad yang pernah menjuarai saingan Liga Perdana sebanyak tiga kali.

Azlan Alias, Zarif Merican dan Zaim Razali dipertaruh untuk buru kemenangan keempat.

Berdepan KPT-MASUM Knights yang ampuh musim ini dengan rekod sama, mempamerkan aksi yang seimbang namun konsistensi rejaman Azlan dan servis kencang Zarif menyukarkan lawan sekaligus memberikan kemenangan mutlak buat Black Panthers 21-11, 21-11 dalam masa 49 minit.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video