Skip to main content

Sepak Takraw

STL 2019: Perak gugur Shohibul, Heppy

perak-bison.jpg
Perak Bison mengugurkan dua pemain tahun lalu, Heppy A/L Itam dan Shohibul Fadillah Abd Salam, ketika menamakan skuad lapan pemain ke Liga Sepak Takraw (STL) 2019 bermula 6 September ini.

Pengurus pasukan, Mohd Jaffrey Mohd Zainol, berkata tindakan terhadap Sohibul itu diambil berikutan kecederaan dialami apit kiri Perak itu. 

Menurutnya, tempat Shohibul digantikan oleh Muhammad Asyraaf Hadi yang dibawa pulang selepas mewakili Neger Sembilan musim lalu.

Heppy pula terpaksa memberi laluan kepada dua tekong Thailand, Surasit Phukbuangern dan Nattawhut Naewprom.

Jaffrey yang juga Setiausaha Persatuan Sepak Takraw Negeri Perak (PERSEDAR) berkata pihaknya terpaksa membuat pilihan terbaik kerana hanya lapan pemain boleh didaftarkan.

Katanya, lima pemain musim lalu yang dikekalkan ialah Muhammad Fadzil Mustapa, Muhammad Azwan Muhrim dan Amirul Ramadhan Fazillah Suhaimi serta tekong, Meor Mohamad Zulfikar Mat Amin dan Yus Hanif Rosli.

Sasaran Bison, tambahnya, ialah memperbaiki pencapaian tahun lalu apabila menamatkan cabaran di tangga keempat.

Sehubungan itu, semua anggota pasukan kecuali dua tekong Thailand itu menjalani Program Bina Semangat Perak Bison di Teluk Batik hujung minggu lalu.

"Di bawah program ini yang melibatkan lima pemain tempatan, pihak pengurusan memberi penekanan berkaitan komunikasi, gaya hidup atlet, psikologi dan motivasi, kerohanian serta memupuk semangat berpasukan," katanya.

Advertisement

Must Watch Video