Skip to main content

Sepak Takraw

Semangat Malaysia dalam jiwa Perak Bison

stl-perak-bison-011217.jpg
Perak Bison mahu mempamerkan aksi lebih mantap dalam pertarungan separuh akhir Piala Juara STL menentang Manang City Voyager dari Thailand di Stadium Tertutup Serdang Jaya (MPSJ), Selangor, , malam esok.

Pertemuan wakil dari dua negara sensasi sukan ini pastinya dapat mengubat kekecewaan pencinta sepak takraw tanah air andaikata Seladang dapat menjinakkan kelab dari negara Gajah Putih itu.

"Tidak mustahil. Sebelum ini pun, dalam saingan Liga STL dan di peringkat kumpulan Piala Juara STL, kami menghadapi pelbagai rintangan.

"Cuma kali ini pemain kena kuat, yakin dan menggandakan usaha. Buang jauh-jauh rasa rendah diri. Jangan sesekali beranggapan mereka (Manang City) kuat," kata penolong jurulatih Perak Bison, Azizul Ishak, yang juga merupakan bekas pemain negara pada era 90-an.

Katanya lagi, "Pasukan yang kurang melakukan kesilapan mudah, mempunyai kelebihan. Tidak dinafikan, prestasi Manang City sedikit menggerunkan, namun mereka juga manusia, boleh melakukan kesilapan. 

"Saya cabar Perak Bison mengawal gelanggang dan membuktikannya," ujarnya.

Perak mara ke separuh akhir setelah muncul naib juara kumpulan A manakala Manang City mengungguli kumpulan B.

Advertisement

Must Watch Video