Kelantan Warriors yang sedang merangka persiapan rapi menjelang Kejohanan Piala Khir Johari dan Liga Sepak Takraw (STL), September depan mengesahkan akan menyertai Kejohanan Empat Penjuru di Riau, Indonesia pada 12 hingga 15 Julai ini.
Pengurus pasukan, Ahmad Shazwan Muhammad Hassan, berkata kejohanan berpasukan dan double itu dianjurkan Persatuan Sepak Takraw Seluruh Indonesia turut disertai Pekan Baru, Medan dan Padang.
"Kami membawa sembilan pemain muda berbakat besar yang diketuai tekong, Muhammad Khairul Hisyam Md. Yusoff.
"Selain bertanding dalam acara berpasukan dan double, satu perjanjian kerjasama strategik akan ditandatangani antara Gabungan Sepak Takraw Kelantan (GASTAK) dan Persatuan Sepak Takraw Seluruh Indonesia," katanya.
Ahmad Shazwan yang juga Naib Presiden 3 GASTAK, yakin Kelantan Warriors mampu mara ke final kejohanan tersebut berdasarkan pengalaman dan kualiti sembilan pemain yang dibawa.
"Insya-Allah, sasaran kita mahu mara ke final dalam kedua-dua acara (berpasukan dan double) dan harap pemain terus menampilkan aksi terbaik di sana," katanya.
Dalam perkembangan lain, Ahmad Shazwan menghargai tajaan syarikat Ummah Water Sdn Bhd (anak syarikat KO-UMMAH) yang akan menaja minuman isotonik untuk skuad Kelantan Warriors.
"Kami menghargai tajaan yang dihulurkan Ummah Water dan sudah pasti menyuntik semangat perjuangan pemain untuk memberikan aksi terbaik dalam kejohanan tersebut," katanya.