STL
Emas Anuar STL: Thunder kekal penguasaan benam Black Panthers
KUALA LUMPUR THUNDER 2 PENANG BLACK PANTHERS 0
Kuala Lumpur Thunder mengekalkan penguasan dalam saingan Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) apabila menumbangkan Penang Black Panthers 2-0 dalam aksi minggu keempat di Stadium MABA, Kuala Lumpur sebentar tadi.
Kemenangan terbaru itu turut menyaksikan Thunder kini mengekalkan rekod tanpa kalah dalam kesemua lapan perlawanan setakat ini.
Iklan
Beraksi di depan hampir 15,000 penyokong di laman sendiri, Thunder, yang menurunkan Syahir Rosdi (tekong), Amirul Zazwan Amir (pengumpan) dan Khairol Zaman Hamir Akhbar (perejam), mengatasi saingan sengit yang dipamerkan Black Panthers sebelum mencatatkan kemenangan tipis 21-19 dalam set pertama.
Aksi kian menarik dalam set kedua, terutama melibat servis yang dilakukan tekong kedua-dua pasukan tetapi Black Panthers, yang diwakili pemain import, Ronnapee Na Nongkhai (tekong), selain Zaim Razali (pengumpan) dan Azlan Alias (perejam), kelihatan bergelut untuk mengejar mata bagi mengheret aksi itu ke set penentuan.
Pertukaran tekong yang dilakukan Thunder dengan memasukkan Aizat Norazmi bagi menggantikan Syahir pada penghujung saingan jelas membuahkan hasil untuk Kuala Lumpur mengekalkan rekod bersih dengan kemenangan 21-16 dalam set kedua.
Keputusan lain:
KPT-MASUM KNIGHTS 2 SABAH MOUNTAINEERS 0
JOHOR TIGRIS 2 MELAKA TITANS 0
NEGERI SEMBILA ANTLERS 2 ATM GUARDIANS 0
Must-Watch Video