Skip to main content

Sepak Takraw

Emas Anuar STL: Terengganu pastikan slot ke suku akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

terenggany.jpg
Terengganu Turtles melengkapkan lapan kumpulan ke pentas suku akhir GP Penang Emas Anuar Sepaktakraw League (STL) apabila menewaskan KPT-MASUM Knights di Spice Arena sebentar tadi.

Saingan terakhir Kumpulan D menyaksikan Terengganu Turtles bersaing sengit merebut satu lagi slot yang tinggal untuk ke suku akhir.

Kedua-dua pasukan itu yang tewas kepada KL Thunder mengharapkan slot itu menjadi milik mereka.

Terengganu tidak mahu pulang hampa justeru dengan membariskan Zulhusni sebagai apit kiri sementara Teerapat di posisi tekong dengan Khairul Aman sebagai pelibas Terengganu nyata tidak menghampakan.

Ternyata libasan Khairul Aman banyak membantu Terengganu untuk mereka menang set pertama 15-11.

KPT-MASUM tiada pilihan selain menang set kedua dan mengheret ke aksi set ketiga, menyaksikan kedua-dua pasuka  berhempas pulas bagi memperoleh mata. 

Terikat 13-13, membangkitkan debaran yang memuncak, Zulkifli Razak yang masuk gelanggang memacu dua mata berharga untuk Terengganu mara.

Advertisement

Must Watch Video