Penang Black Panthers mengubati kekecewaan tumbang kepada Johor Tigris dalam perlawanan sengit malam tadi apabila menjadikan pencabar terdekat, Perak Bison, sebagai medan kebangkitan.

Trio 'kedua' itu perlu menyekat Bison yang turut muncul antara pasukan yang mampu menggugat Kuala Lumpur Thunder di puncak Emas Anuar Sepak Takraw League (STL) 2023, sekali gus menghangatkan lagi perseteruan di antara dua wakil utara berkenaan di Stadium Titiwangsa, sebentar tadi.




Black Panthers mempamerkan penguasaan awal menerusi serangan cukup kemas untuk menguasai set pertama 21-11.

Di sebalik Bison cuba menyusun permainan lebih kemas untuk mengheret aks ke set penentuan, tetapi kebangkitan yang diimpikan tidak menjadi kenyataan apabila dinafikan Black Panthers untuk kemenangan muktamad 21-19.