PDRM Defenders menutup peluang Johor Tigris untuk ke peringkat suku akhir Grand Prix Selangor, Emas Anuar Liga Sepaktakraw Malaysia (STL) di Stadium Malawati, Shah Alam, sebentar tadi.

PDRM menghadiahkan kekalahan kedua kepada wakil dari selatan itu menerusi kemenangan straight set

Johor yang turun dengan matlamat mencari kemenangan pertama selepas tumbang di tangan Negeri Sembilan Antlers 0-2 semalam, sementara PDRM turun buat julung kalinya dalam pusingan pertama ini.

PDRM dibarisi trio Siwatbancha Seekhwa selaku tekong, Shahalril Aiman Halim sebagai perejam serta Shahalril Aimin Halim selaku apit kiri tampak positif apabila mereka berjaya menawan set awal 15-11.




Johor yang mempertaruhkan tekong muda dari Thailand, Chayaphon Chanakon, Firdhaus Omar dan Farhan Adam sebagai 'feeder' berusaha mempamerkan kebangkitan, namun usaha mereka itu belum memadai yang menyaksikan kemenangan 17-14 memihak PDRM.