Skip to main content

Sepak Takraw

Emas Anuar STL: NS Antlers peroleh permulaan bergaya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ns-antlers-vs-kpt-masum-knights_20.jpg
Aksi pertama GP Johor Emas Anuar Sepak Takraw League (STL) Kumpulan A yang berlangsung di Stadium Arena Larkin, Johor Bahru menyaksikan Negeri Sembilan Antlers memperoleh kemenangan 2-0 ke atas KPT-MASUM Knights.

Set pertama menyaksikan Antlers yang juga merupakan anak buah kepada Syahir Nasrudin membuka jurang selesa dengan mengutip mata demi mata lalu mendahului 10-6 pada satu ketika. 

Bagiamanapun, kesilapan tekong, Amar Roslan di mata akhir menghadiahkan mata kemenangan 15-7 kepada Antlers untuk mendahului satu set.

Trio hebat yang diturunkan oleh Antlers iaitu Haziq Nizam selaku tekong, Fame Jalil sebagai apit kiri dan Hafizul Hayazi bertindak sebagai apit kanan cemerlang meneruskan dominasi dan cengkaman untuk mendahului 6-1 di set kedua. 

Antlers mengambil kesempatan situasi tersebut untuk mengatur asakan demi asakan terhadap Knights sehingga berjaya menoktahkan kemenangan 15-9 bagi memenangi perlawanan dengan keputusan straight set dalam tempoh 38 minit. 

Advertisement

Must Watch Video