STL
Emas Anuar STL: Melaka ungguli Divisyen 1
Melaka Titans dinobatkan juara Emas Anuar Divisyen 1, Liga Sepak Takraw (STL) 2021-2022 dengan menafikan tentangan KPM-MASUM Knights di Stadium Titiwangsa, sebentar tadi.
Dengan kedua-dua pasukan sudah pun layak ke saingan perdana musim depan, KPT-MASUM mengambil kesempatan awal untuk meraih set pertama 21-16 dengan penguasaan penuh di penghujung permainan.
Ketika segala-galanya serba menjadi buat mereka, keceriaan pasukan universiti itu mula diragut sebaik Melaka mendapat rentak sebenar dalam set kedua.
Iklan
Tekong Melaka, Sahidan Ali, yang kerap mensia-siakan servis dalam set pertama memperkemaskan permainannya selain libasan mengelirukan daripada Fadzil Baharuddin memainkan peranan besar untuk mereka memuktamadkan kemenangan.
Sementara itu, Kedah Eagles membenam Labuan Drillers secara straight set dalam penentuan tempat ketiga petang tadi bagi mengubati kekecewaan mereka semalam.
Must-Watch Video