Skip to main content

Permotoran

F1 GP Bahrain: Sesak teruk di Sepang, ini kenyataan dikeluarkan SIC

sepang sesak
Advertisement

Pihak pengurusan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) menegaskan bahawa pengalaman dan keselamatan peminat kekal menjadi keutamaan tertinggi mereka sepanjang penganjuran Formula 1 (F1) Grand Prix Bahrain yang berlangsung di SIC ketika ini.

Kenyataan rasmi berkenaan dikeluarkan susulan rungutan orang ramai mengenai isu kesesakan lalu lintas luar biasa, yang dilaporkan berlaku di sekitar laluan pergi dan balik dari litar, terutama ketika tempoh penyuraian penonton pada waktu malam semalam.

Advertisement

Bagi mengatasi masalah itu, SIC mengesahkan pihaknya kini sedang bekerjasama rapat dengan rakan pengangkutan dan pihak berkuasa tempatan bagi memperkukuh sistem pengurusan trafik, penyediaan bas ulang-alik (shuttle), serta kawalan pergerakan orang ramai.

"Pengalaman dan keselamatan para peminat kekal menjadi keutamaan tertinggi kami di SIC," kata kenyataan itu.

Advertisement

"Kami mengambil maklum akan cabaran yang dihadapi oleh sebahagian peminat yang dalam perjalanan pergi dan balik dari litar semalam, terutama ketika tempoh penyuraian pada waktu malam.

"Kami sedang bekerjasama rapat dengan rakan pengangkutan kami serta pihak berkuasa yang berkaitan untuk memperkukuh pengaturan pengurusan trafik, bas ulang-alik (shuttle) dan kawalan orang ramai untuk hari ini.

"Peminat yang hadir ke acara ini digalakkan untuk merancang perjalanan mereka lebih awal dan merujuk kepada maklumat perjalanan terkini di saluran media sosial rasmi kami.

"Ketika tiba dan pulang dari litar, sila ikut arahan petugas serta papan tanda di lokasi kerana pengaturan trafik mungkin diselaraskan berdasarkan keadaan semasa.

"Kami mengucapkan terima kasih kepada semua peminat atas kesabaran serta kerjasama yang diberikan, dan tidak sabar untuk menyambut kehadiran semua orang bagi menikmati hari yang menyeronokkan dan selamat di Litar Antarabangsa Sepang."

 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video