Skip to main content

Sepak Takraw

Emas Anuar STL: Melaka Titans mudah rakam kemenangan atasi SSC Hunters

melaka_1.jpg
Melaka Titans mengubat luka semalam apabila merakamkan kemenangan ke atas SSC Hunter dalam saingan Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) Divisyen 1.

Dalam set pertama, SSC Hunter yang dibarisi pemain-pemain muda terdiri daripada Sealtel Dennis selaku tekong, R, afi Daniel Jamil , perejam dan Akbar Raduan (feeder), tetap memberikan tentangan.

Bagaimanapun mereka hanya mampu bertahan setakat 11 mata sahaja sebelum ditumbangkan Melaka Titans 21-11.

Titans terus garang di set kedua dengan Najib Rahman selaku perejam langsung tidak berikan peluang SSC Gunters menepis libasannya.

Selepas ketinggalan 10-0, barulah SS Hunters berjaya memperolehi mata pertama.

Diikuti mata kedua selepas servis Melaka Titans tersangkut dijaring.

Selepas itu SSC Hunters terus gagal mendapatkan mata tambahan sehingga tamat perlawanan, Melaka Titans menang 21-11, 21-2.

Pertemuan antara Pahang Mammoth dan Labuan Drillers pula menyajikan aksi lebih sengit.

Meskipun Pahang mendahului 7-3 di set pertama, Labuan berjaya menemui rentak mereka untuk bangkit dan melonjak mendahului 17-14, sebelum mengejutkan Pahang dengan mengambil set tersebut 21-18 dalam masa 24 minit.

Labuan berjaya meneruskan momentum mereka di awal set kedua dengan kelebihan 6-4.

Namun tiba giliran Pahang pula untuk bangkit selepas itu, dan mendahului 10-8 sekaligus memberi segelintir harapan untuk memaksa set penentu.

Tapi Labuan kekal cemerlang apabila mengutip mata sebelum mengikat kedudukan 19-19.

Dan kesilapan  pemain Pahang menghadiahkan mata kemenangan 21-19  kepada labuan untuk kemenangan pertama mereka musim ini.

Advertisement

Must Watch Video