STL
Emas Anuar STL: Johor Tigris pamer kehebatan di Larkin
Johor Tigris dinobat sebagai juara Kumpulan A Grand Prix Johor Emas Anuar Sepaktakraw League (STL) selepas menewaskan Negeri Sembilan Antlers straight set 2-0 di Stadium Arena Larkin, Johor Bahru, sebentar tadi.
Buktinya, skuad kendalian Jamaluddin hassan mendahului set pertama dengan 7-0 tatkala tidak memberi ruang buat pasukan NS Antlers untuk bangkit menyamakan mata, sekali gus menawan aksi pertama 15-11.
Iklan
Hasrat NS Antlers untuk mengimbangi perlawanan dilihat gagal apabila skuad tuan rumah berjaya mengungguli set kedua 15-12 dalam tempoh 54 minit.
Must-Watch Video