Menjelang saingan Grand Prix (GP) Perak, Emas Anuar Liga Sepaktakraw (STL) Premier yang akan berlangsung 9 Oktober ini, juara GP Selangor dan Terengganu, Kuala Lumpur Thunder, mahu memastikan penguasaan penuh terus dipamerkan bagi mendominasi arena sukan tersebut.

Menurut jurulatih, Rosli Ab Rahman, para pemain melakukan latihan ringan pasca dua siri jelajah tersebut demi membina semula strategi baru dan meningkatkan kekuatan pasukan bagi menghadapi GP Perak.

Rosli menekankan senaman tanpa melibatkan bola takraw sebaliknya memberi fokus terhadap mempersiapkan pasukan terutamanya ketika sesi latihan.



Pemain kebangsaan, Azlan Alias, berpendapat bahawa format baru liga berkenaan tidak menjejaskan momentum skuad termasuk perlu mengharungi setiap permainan tanpa alasan, namun memerlukan stamina yang tinggi di samping menjaga prestasi tersendiri.

Pengalaman masing-masing memberi peranan penting apabila semangat pasukan lawan akan berbeza sekiranya bertemu KL Thunder.

"Saya ingin menjuarai kelima-lima GP sambil mencatatkan rekod baru," kata Azlan Alias.