Juara Divisyen 1 Emas Anuar Liga Sepaktakraw (STL) 2024, Kelantan Warriors, diberi gambaran awal cabaran besar yang perlu dihadapi dalam saingan liga tertinggi sepak takraw negara, apabila tewas straight set dalam perlawanan pertama Liga Premier di Shah Alam, hari ini.

Berdepan Kuala Lumpur (KL) Thunder yang umum mengetahui adalah pasukan bekas juara saingan Premier 2020 serta dua kali juara Champions Cup, Kelantan cuba memberi saingan dalam Granf Prix (GP) Selangor tetapi terpaksa akur 7-15 dan 12-15 kepada barisan utama yang diperkuatkan lagi dengan kelibat tekong muda negara, Zarif Marican Ibrahim Marican yang diberi peranan utama berbanding Syahir Rosdi.

"Saya dan Haikal sudah bermain bersama sejak kecil lagi jadi saya tahu kelebihan dan kelemahannya.




"Saya cuba ambil kesempatan dalam perlawanan tadi.

"Tidak apa kelainan ketara sebab saya pernah bermain di samping Azlan Alias tahun lalu, cuma pertukaran kali ini daripada segi apit kiri," kata Zarif Marican.